BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Harta melalaikan kita

Lama juga tak update blog ini.  Sorry la. Ini gara-gara blog kongsi masakan baru saya di www.kongsimasakan.blogspot.com. Letih juga nak edit gambar dan upload dengan resepinya. Tapi memang seronok dengan resepi-resepi baru disana.

Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di dalam hmetro yang betajuk Harta Melalaikan Insan. Menurutnya, harta yang dicari bukan untuk membina kehidupan  yang berkualiti, tetapi untuk  bermegah-megah adalah dilarang di dalam Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur. (At-Takathur, 1-2)

Semoga kita dijauhkan dari sikap buruk ini. Selain itu ustaz zaharuddin juga menyentuh sikap orang ramai yang suka menggunakan harta orang lain seperti harta majikan untuk diri sendiri. Walaupun Islam secara terang melarangnya, namun mereka cuba mencari dalil atau sebab untuk menghalalkannya

Semoga nasihat dari Ustaz Zaharuddin ini dapat memperbaiki amalan dan kehidupan kita. Ingatlah harta yang kita miliki ini tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Suami Isteri Kena Rajin Memuji Tanda Sayang

Tersenyum saya membaca artikel utusan yang bertajuk Usah Lokek Puji Isteri. Memang ada kebenarannya. Golongan suami memang lokek untuk memuji isteri mereka. Sebaliknya si isteri mengharapkan pujian sebagai tanda menghargai usaha dan diri mereka.  So si suami janganlah lokek memuji isteri ya.  Ia sebenarnya satu cara  merapatkan hubungan suami isteri yang membawa kepada kedamaian rumahtangga.

Memang tersenyum membaca artikel Usah Lokek Puji Isteri.  Cubalah ucapkan kata-kata dibawah kepada isteri yang disarankan artikel tersebut.

“Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal.”

“Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali.”

“Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik.”

“Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui.”

“Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup.”

Pada pandangan saya pula elok memuji sebagai tanda menghargai isteri dan suami dengan pujian yang ikhlas. Tapi elakkan dari memuji yang membawa kepada riak atau bangga pada si isteri atau suami.  Kerana riak ini dilarang dalam Islam.

Anak Meningalkan Ibu Lumpuh Terjawab

Masih ingat artikel saya Si tanggang meninggalkan ibu lumpuh. Pada mulanya saya sendiri menyangka, ibunya ditinggalkan kerana anaknya tidak sanggup menyaranya. Yelah ditinggalkan dihotel budget murah. Sudah tentu menimbulkan pelbagai andaian negatif. Nasib baiklah la Blogger Nurmisnan menegur saya. TQ so much.  Namun hari ini, segala-galanya telah terjawab. Dan anak kesayangannya telah kembali ke pangkuan ibunya.

Ibunya yang ditembual berkali-kali menafikan anaknya meninggalkan ia kerana sengaja.  “Saya tahu dia tak berniat nak tinggalkan saya. Selepas ini, saya nak tinggal dengan dia kerana hanya dia yang saya ada di dunia ini. Terima kasih kepada semua, dapat jumpa dia (anak),” kata Faridah Maulud ketika dipertemukan dengan anaknya buat pertama kali semalam sejak ditinggalkan 10 hari lalu.  Jom kita tonton pula temubual

Sedih juga melihat ibunya yang asyik menangis.  Satu mengorbanan yang besar oleh anaknya Amir yang menjaga ibunya semenjak kehilangan ayah buat sekian lama. Dan kini beliau kehilangan pekerjaan. Di youtube ramai juga yang meminta maaf kepada anaknya Amir atas andaian negatif yang dilontarkan sebelum ini.  Apa jua sebabnya,  marilah kita  doakan agar anaknya dapat pekerjaan baru dan menjaga ibunya dengan baik.

Bahaya Ketagih Facebook dan Pencegahannya

Memang ramai suka berfacebook.  Bukan  orang dewasa je yang sukakan, malah kanak-kanak dan warga emas pun mengemarinya.  Kalau sehari tak berfacebook, memang tak sah. Lepas tu, berjam-jam pula mengadap komputer. Kalo dah berjam-jam, itu tandanya ketagihan facebook yang boleh memberi impak negatif pada kehidupan kita.


Banyak juga keburukkan ketagih berfacebook  dalam artikel dari utusan.com.my tentang ketagih facebook . Antara keburukkannya:

1. Kehilangan rakan kawan di luar kerana asyik berkawan dengan rakan dunia maya.

2. Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial, daya imiginasi, kreativiti dan  biasanya menjadi hiperaktif,

3.  Masa dihabiskan dengan facebook membuatkan kita kurang membaca atau menelaah buku.

4. Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus .

5.  Masa yang dihabiskan dengan facebook membuatkan ibu-bapa kurang berinteraksi dan berkomunikasi sesama ahli keluarga. Ini boleh membawa kepada ketegangan dalam hubungan  dan akhirnya bercerai.

Memang banyak keburukan jika sampai tahap ketagih nie.  Oleh itu perlunya kita  mengawal penggunaan facebook dalam kehidupan kita. Antaranya dengan menghadkan masa penggunaan facebook. Dan yang kedua memberi kesedaran tentang bahaya ketagih facebook kepada keluarga kita.

p/s: kelebihan facebook pada saya pula, ialah dapat promosikan produk secara percuma……😀

Tekanan halus pada anak-anak merosakkan emosi mereka

Ibu bapa sekarang terlalu mahukan pencapaian akademik cemerlang pada anak-anak mereka.  Terlalu mendesak agar anak mereka  mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ditambah lagi persaingan dengan pelajar lain membuatkan anak-anak tertekan dalam meniti kehidupan remaja mereka.  Ini sebenarnya menyumbangkan kemurungan dalam diri anak mereka yang boleh menjejaskan perkembangan emosi anak mereka.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis di dalam hmetro.com.my tentang Anak Dianiaya Berterusan.  Bayangkan lebih 10 tahun anda asyik terlalu mahukan pencapaian akedemik anak-anak. Lebih 10 tahun itu jugalah anda memberi tekanan halus yang tanpa disedari menyebabkan kemurungan yang boleh merosakkan masa depan anak anda.

Antara nasihat yang cukup baik untuk ibu bapa dari artikel  Anak Dianiaya Berterusan di dalam hmetro ialah:

1.  Sikap ibu bapa yang memaksa anak mengikut setiap telunjuk serta perancangan sendiri adalah tidak patut kerana anak-anak berhak menentukan menikmati hidup sendiri mengikut pilihan mereka.

2. Setiap pelajar mempunyai daya kreativiti, minat serta kecenderungan sendiri yang tidak boleh  ditentukan orang lain .

3. Kejayaan bukan  semata-mata pencapaian akademik kerana faktor yang lebih penting ialah apabila pelajar gembira dengan apa dilakukan. Akademik bukan syarat utama untuk cemerlang dan berjaya dalam hidup

4. Ibu bapa mahukan anaknya serba sempurna dan cemerlang sehingga terlupa anak mereka juga manusia biasa yang boleh gagal atau melakukan kesalahan.

5. Tradisi yang ingin menunjukkan anak mereka lebih hebat dari anak orang lain hanya memberi tekanan pada diri sendiri dan anak-anak

Ibu bapa sepatutnya memberi galakan positif kepada anak mereka bukan terlalu mahukan itu dan ini. Oleh itu ibu bapa perlu bertolak ansur dengan anak merka dan lebih mementingkan keceriaan hidup mereka.

Si tanggang moden tinggalkan ibu lumpuh dihotel


Sedih betul membaca akhbar metro hari ini. Sanggup seorang anak  meninggalkan ibu kandungnya yang lumpuh di hotel.  Kisahnya, ibu malang berusia 66 tahun  ini ditemui oleh pekerja hotel budget murah ketika memeriksa bilik sewa hotel berkenaan. Ia dijumpai dalam keadaan lemah dan meniarap.  Kini pihak hotel membantu menukar lampin pakai buang dan memberi makan kepada warga emas ini.  Jom tonton temubual dengan warga emas dan pihak hotel di video dibawah:

.

.
Ada dua kemungkinan ibu malang ini dibiarkan di hotel berkenaan. Mungkin anaknya tidak sanggup lagi menjaganya memandangkan keadaan ibunya lumpuh. Ibarat si tanggang moden yang mementingkan diri sendiri dan lupa akan jasa dan pengorbanan ibu yang mengandungnya.  atau mungkin juga anaknya ditimpa kecelakaan dan tidak dapat kembeli menguruskan ibunya.  Semoga tersiarnya berita ibu ini dapat mencari anaknya.

p/s: Untung owner hotel tu dapat publisiti percuma😀

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.