BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Tekanan halus pada anak-anak merosakkan emosi mereka

Ibu bapa sekarang terlalu mahukan pencapaian akademik cemerlang pada anak-anak mereka.  Terlalu mendesak agar anak mereka  mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ditambah lagi persaingan dengan pelajar lain membuatkan anak-anak tertekan dalam meniti kehidupan remaja mereka.  Ini sebenarnya menyumbangkan kemurungan dalam diri anak mereka yang boleh menjejaskan perkembangan emosi anak mereka.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis di dalam hmetro.com.my tentang Anak Dianiaya Berterusan.  Bayangkan lebih 10 tahun anda asyik terlalu mahukan pencapaian akedemik anak-anak. Lebih 10 tahun itu jugalah anda memberi tekanan halus yang tanpa disedari menyebabkan kemurungan yang boleh merosakkan masa depan anak anda.

Antara nasihat yang cukup baik untuk ibu bapa dari artikel  Anak Dianiaya Berterusan di dalam hmetro ialah:

1.  Sikap ibu bapa yang memaksa anak mengikut setiap telunjuk serta perancangan sendiri adalah tidak patut kerana anak-anak berhak menentukan menikmati hidup sendiri mengikut pilihan mereka.

2. Setiap pelajar mempunyai daya kreativiti, minat serta kecenderungan sendiri yang tidak boleh  ditentukan orang lain .

3. Kejayaan bukan  semata-mata pencapaian akademik kerana faktor yang lebih penting ialah apabila pelajar gembira dengan apa dilakukan. Akademik bukan syarat utama untuk cemerlang dan berjaya dalam hidup

4. Ibu bapa mahukan anaknya serba sempurna dan cemerlang sehingga terlupa anak mereka juga manusia biasa yang boleh gagal atau melakukan kesalahan.

5. Tradisi yang ingin menunjukkan anak mereka lebih hebat dari anak orang lain hanya memberi tekanan pada diri sendiri dan anak-anak

Ibu bapa sepatutnya memberi galakan positif kepada anak mereka bukan terlalu mahukan itu dan ini. Oleh itu ibu bapa perlu bertolak ansur dengan anak merka dan lebih mementingkan keceriaan hidup mereka.

Advertisements

Single Post Navigation

18 thoughts on “Tekanan halus pada anak-anak merosakkan emosi mereka

  1. dunia sekarang memang ke arah itu, bro
    berlumba untuk mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik
    bukan berlumba untuk menjadi manusia yang baik

    aku suka anak2 remaja yang berdisiplin

  2. wah hairul, terbaik nih, blog baru, hehehe

  3. Setuju. Saya pon kadang2 takut juga tersalah cara dalam mendidik dan memberi semangat pada anak-anak. Keadaan semasa sentiasa berubah

  4. Budaya menerapkan kecemerlangan itu perlu ada.. Jadi sedikit tekanan untuk mencapai kecemerlangan itu perlu.

    Kalau keterlaluan tentu impaknya negatif kepada anak-anak.. Jadi berpada-padalah..

  5. Blog baru eh cikgu? Okey dah nihhh…..

  6. kesian budak2 jaman sekarang..

  7. loh klu saya cuku isi agama tu lebih penting heeee

  8. beri anak ruang tgok apa yg dia minat hee..kita sb pembantu je apa yg dia mint kit acuba ikut asal ia tak bertentangan dg agama

  9. anak2 jadi mangsa..terlalu ikut telunjuk ibu bapa..yg bleh terima..okla..tp yg memberontak..tp xmo sakitkan hati ibu bapa..takut nnt lain jadinya..

    byk kes kita dgr..anak2 amik kos pengajian sebab mak ayah suruh..tp once si anak da berjaya dptkan segulung ijazah.ijazah diberi pada mk ayah..dia meneruskan apa yg dia minat

    • Yg memberontak bila dah besar.. tu yg bahaya tu….
      syukur kita ada pendidikan agama yg menyuruh kita menjaga hati kedua ibu-bapa kita..

      p/s.. mak ayah yg diberi segulung ijazah tu bolehlah apply kerja dibidang berkenaan… he.he.he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: