BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Archive for the tag “bahaya ketagih facebook”

Bahaya Ketagih Facebook dan Pencegahannya

Memang ramai suka berfacebook.  Bukan  orang dewasa je yang sukakan, malah kanak-kanak dan warga emas pun mengemarinya.  Kalau sehari tak berfacebook, memang tak sah. Lepas tu, berjam-jam pula mengadap komputer. Kalo dah berjam-jam, itu tandanya ketagihan facebook yang boleh memberi impak negatif pada kehidupan kita.


Banyak juga keburukkan ketagih berfacebook  dalam artikel dari utusan.com.my tentang ketagih facebook . Antara keburukkannya:

1. Kehilangan rakan kawan di luar kerana asyik berkawan dengan rakan dunia maya.

2. Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial, daya imiginasi, kreativiti dan  biasanya menjadi hiperaktif,

3.  Masa dihabiskan dengan facebook membuatkan kita kurang membaca atau menelaah buku.

4. Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus .

5.  Masa yang dihabiskan dengan facebook membuatkan ibu-bapa kurang berinteraksi dan berkomunikasi sesama ahli keluarga. Ini boleh membawa kepada ketegangan dalam hubungan  dan akhirnya bercerai.

Memang banyak keburukan jika sampai tahap ketagih nie.  Oleh itu perlunya kita  mengawal penggunaan facebook dalam kehidupan kita. Antaranya dengan menghadkan masa penggunaan facebook. Dan yang kedua memberi kesedaran tentang bahaya ketagih facebook kepada keluarga kita.

p/s: kelebihan facebook pada saya pula, ialah dapat promosikan produk secara percuma…… 😀

Advertisements

Post Navigation