BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Archive for the tag “harta”

Harta melalaikan kita

Lama juga tak update blog ini.  Sorry la. Ini gara-gara blog kongsi masakan baru saya di www.kongsimasakan.blogspot.com. Letih juga nak edit gambar dan upload dengan resepinya. Tapi memang seronok dengan resepi-resepi baru disana.

Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di dalam hmetro yang betajuk Harta Melalaikan Insan. Menurutnya, harta yang dicari bukan untuk membina kehidupan  yang berkualiti, tetapi untuk  bermegah-megah adalah dilarang di dalam Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur. (At-Takathur, 1-2)

Semoga kita dijauhkan dari sikap buruk ini. Selain itu ustaz zaharuddin juga menyentuh sikap orang ramai yang suka menggunakan harta orang lain seperti harta majikan untuk diri sendiri. Walaupun Islam secara terang melarangnya, namun mereka cuba mencari dalil atau sebab untuk menghalalkannya

Semoga nasihat dari Ustaz Zaharuddin ini dapat memperbaiki amalan dan kehidupan kita. Ingatlah harta yang kita miliki ini tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Advertisements

Post Navigation