BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Archive for the tag “pencapaian akademik”

Tekanan halus pada anak-anak merosakkan emosi mereka

Ibu bapa sekarang terlalu mahukan pencapaian akademik cemerlang pada anak-anak mereka.  Terlalu mendesak agar anak mereka  mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ditambah lagi persaingan dengan pelajar lain membuatkan anak-anak tertekan dalam meniti kehidupan remaja mereka.  Ini sebenarnya menyumbangkan kemurungan dalam diri anak mereka yang boleh menjejaskan perkembangan emosi anak mereka.

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis di dalam hmetro.com.my tentang Anak Dianiaya Berterusan.  Bayangkan lebih 10 tahun anda asyik terlalu mahukan pencapaian akedemik anak-anak. Lebih 10 tahun itu jugalah anda memberi tekanan halus yang tanpa disedari menyebabkan kemurungan yang boleh merosakkan masa depan anak anda.

Antara nasihat yang cukup baik untuk ibu bapa dari artikel  Anak Dianiaya Berterusan di dalam hmetro ialah:

1.  Sikap ibu bapa yang memaksa anak mengikut setiap telunjuk serta perancangan sendiri adalah tidak patut kerana anak-anak berhak menentukan menikmati hidup sendiri mengikut pilihan mereka.

2. Setiap pelajar mempunyai daya kreativiti, minat serta kecenderungan sendiri yang tidak boleh  ditentukan orang lain .

3. Kejayaan bukan  semata-mata pencapaian akademik kerana faktor yang lebih penting ialah apabila pelajar gembira dengan apa dilakukan. Akademik bukan syarat utama untuk cemerlang dan berjaya dalam hidup

4. Ibu bapa mahukan anaknya serba sempurna dan cemerlang sehingga terlupa anak mereka juga manusia biasa yang boleh gagal atau melakukan kesalahan.

5. Tradisi yang ingin menunjukkan anak mereka lebih hebat dari anak orang lain hanya memberi tekanan pada diri sendiri dan anak-anak

Ibu bapa sepatutnya memberi galakan positif kepada anak mereka bukan terlalu mahukan itu dan ini. Oleh itu ibu bapa perlu bertolak ansur dengan anak merka dan lebih mementingkan keceriaan hidup mereka.

Advertisements

Post Navigation