BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Archive for the tag “si tanggang moden”

Si tanggang moden tinggalkan ibu lumpuh dihotel


Sedih betul membaca akhbar metro hari ini. Sanggup seorang anak  meninggalkan ibu kandungnya yang lumpuh di hotel.  Kisahnya, ibu malang berusia 66 tahun  ini ditemui oleh pekerja hotel budget murah ketika memeriksa bilik sewa hotel berkenaan. Ia dijumpai dalam keadaan lemah dan meniarap.  Kini pihak hotel membantu menukar lampin pakai buang dan memberi makan kepada warga emas ini.  Jom tonton temubual dengan warga emas dan pihak hotel di video dibawah:

.

.
Ada dua kemungkinan ibu malang ini dibiarkan di hotel berkenaan. Mungkin anaknya tidak sanggup lagi menjaganya memandangkan keadaan ibunya lumpuh. Ibarat si tanggang moden yang mementingkan diri sendiri dan lupa akan jasa dan pengorbanan ibu yang mengandungnya.  atau mungkin juga anaknya ditimpa kecelakaan dan tidak dapat kembeli menguruskan ibunya.  Semoga tersiarnya berita ibu ini dapat mencari anaknya.

p/s: Untung owner hotel tu dapat publisiti percuma 😀

Post Navigation