BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Archive for the tag “suami sayang isteri”

Suami Isteri Kena Rajin Memuji Tanda Sayang

Tersenyum saya membaca artikel utusan yang bertajuk Usah Lokek Puji Isteri. Memang ada kebenarannya. Golongan suami memang lokek untuk memuji isteri mereka. Sebaliknya si isteri mengharapkan pujian sebagai tanda menghargai usaha dan diri mereka.  So si suami janganlah lokek memuji isteri ya.  Ia sebenarnya satu cara  merapatkan hubungan suami isteri yang membawa kepada kedamaian rumahtangga.

Memang tersenyum membaca artikel Usah Lokek Puji Isteri.  Cubalah ucapkan kata-kata dibawah kepada isteri yang disarankan artikel tersebut.

“Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal.”

“Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali.”

“Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik.”

“Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui.”

“Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup.”

Pada pandangan saya pula elok memuji sebagai tanda menghargai isteri dan suami dengan pujian yang ikhlas. Tapi elakkan dari memuji yang membawa kepada riak atau bangga pada si isteri atau suami.  Kerana riak ini dilarang dalam Islam.

Post Navigation