BahanBerita.Wordpress.com

Ulasan Berita, Akhbar, Majalah, Radio dan TV dari Kacaminda Hairul

Harta melalaikan kita

Lama juga tak update blog ini.  Sorry la. Ini gara-gara blog kongsi masakan baru saya di www.kongsimasakan.blogspot.com. Letih juga nak edit gambar dan upload dengan resepinya. Tapi memang seronok dengan resepi-resepi baru disana.

Saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin di dalam hmetro yang betajuk Harta Melalaikan Insan. Menurutnya, harta yang dicari bukan untuk membina kehidupan  yang berkualiti, tetapi untuk  bermegah-megah adalah dilarang di dalam Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur. (At-Takathur, 1-2)

Semoga kita dijauhkan dari sikap buruk ini. Selain itu ustaz zaharuddin juga menyentuh sikap orang ramai yang suka menggunakan harta orang lain seperti harta majikan untuk diri sendiri. Walaupun Islam secara terang melarangnya, namun mereka cuba mencari dalil atau sebab untuk menghalalkannya

Semoga nasihat dari Ustaz Zaharuddin ini dapat memperbaiki amalan dan kehidupan kita. Ingatlah harta yang kita miliki ini tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Single Post Navigation

16 thoughts on “Harta melalaikan kita

  1. rosezha on said:

    harta memang melalaikan kita, kena selalu diingatkan pasal perkara ini.

    p/s: terima kasih letak link blog saya, tp boleh minta tukar kepada Cik Kimmie tak? :D…belum ada title puan lagi. tq.

  2. tehramuanyahoo on said:

    moga2 diberikan harta yang penuh berkat
    insya-allah

  3. chiikum4risa on said:

    betul betul..harta mmg boleh melalaikan manusia..disamping itu juga..boleh menyebabkan manusia bersifat angkuh dan bongkak dgn harta yg mereka ada..tp buka semua la…

    • bila dah byk harta nie cik chii.. mulalah syaitan iblis mengoda dgn pelbagai strategi.. ditambah dgn tekanan dan masalah hidup… boleh menyebab seorang yg baik berubah kpd sikap sombong, angkuh dan bongkak

  4. chiikum4risa on said:

    chii setuju tu..bila harta banyak..boleh melalaikan manusia..walaupun bukan semua yg mempunyai sifat mcm tu…

    harap2 chii dijauhkan dari sifat2 sebegini..

  5. kimmykhairul on said:

    Bila ikhlas mencari harta, insyaAllah… kita dilindungi dari sifat2 begitu..

  6. mmg betul pun.. mungkin sebab manusia ni mmg tertarik pada harta kekayaan.. sapa tak nak kaya kan? tapi itulah, berkatkah punca kekayaan kita, dan utk apa semuanya? itu sendiri kena jawab..

  7. Gunakan harta untuk membawa kita kesyurga dan bukan keneraka

  8. Sama la sya memang frust sungguh dgn staff suami sya yg tidak amanah krn menggunakan harta/barang kami seperti hak milik sendiri. Padahal dia dah dibayar gaji utk melaksanakan tanggungjawab itu.

Leave a reply to Hairul Hissam Cancel reply